Friday, June 15, 2012

Hilangnya Seorang Murabbi- Al-Fatihah-




Daripada Abdullah bin 'Amr رصي الله عنه, Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan roh (mematikan) para ulama'. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama') yang tinggal. Ketika itu manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka & menyesatkan orang lain."
 (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)


Ulama' adalah manusia paling gemilang dalam hidup peradaban manusia. Mereka tidak memerlukan modal jutaan duit timbunan harta untuk memaut hati manusia untuk meneruskan apa yang mereka perjuangkan. Sebaliknya, modal mereka hanyalah keihlasan dalam beramal yang menjadi minyak pelita yang akan terus menjadi sumbu nyalaan semangat dalam kehidupan insan yang mencari Tuhan. Tenagkanlah Allahyarham menemuiNya, tersenyum di alam barzakh dengan amal-amal bertimpa. 

Allahumaghfirlahu warhamhu wa'afihi wafu'anhu waakrim nuzulahu ya 'Adzim! Allahumma ameen.. al-Fatihah!! 

Saturday, June 2, 2012

Munajat Pejuang ISLAM


Syair Arab yang disebut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Hafizahullahuta'ala
dalam Himpunan Hijau baru-baru ini:

طرقت باب الرجا والناس قد رقدوا
وبت أشكو إلى مولاي
وقلت يا أملي في كل نائبة
يا من عليه بكشف الضر اعتمد أشكو إليك أمورا أنت تعلمها
مالي على حملها صبر ولا جلد
وقد مددت يدي بالذل مبتهلا
يا خير من مدت إليه يد
فلا تردنها يا رب خائبا
فبحر جودك يروي كل من يرد 

Terjemahan sebagaimana yang diberikan oleh beliau sendiri adalah seperti berikut:

Semasa orang lain sedang tidur nyenyak Ya Allah
Aku ketuk pintuMu membawa menggunung harapan,
Aku merayu padaMu sepanjang malam,

Bagaimana pedihnya penderitaan yang aku pikul,
Aku bermadah wahai Tuhan,
Kerana Kamu adalah tumpuanku,

Bila saja bala meninpa,
Hanya pada kamu sahajalah tempat aku berpaut,
Aku mengadu padaMu aneka penderitaan,
kamu tentu tahu sepenuh-penuhnya,
Kesabaranku sudah mulai luntur,
Daya tenagaku mulai lemah lesu,
Oleh itu padaMu Ya Allah,
Aku menadah tangan dengan cukup hina,
Kerana kamu Zat yang sememangya layak untuk sepenuhnya ditadah.

Ya Rabbi, jangan biarkan tadahanku tidak berisi,
Limpah kurniaMu seluas lautan,
Akan memuaskan siapa sahaja yang menghirupnya.

Puisi atau qasidah ini turut didengdangkan oleh Kumpulan Qasidah terkenal, Abu Sya'ar...mari sama-sama kita menghayati video ini.