Saturday, February 13, 2010

pEdoMAn unTuk SeMua

Asal hari Valentine rai paderi tumbang kerajaan Islam.

>APA ITU HARI VALENTINE<

hari dimana sepasamg kasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang mereka yang disambut setiap tahun pada 14 Februari.

>ASAL USUL<

Versi popular berkaitan sejarah hari valentine ialah perkataan Valentine sempena nama pederi besar Kriatian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine. Dia disayangi kerana berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova,Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakan hari Valentine.

>PANDANGAN ISLAM ISU SAMBUTANNYA<

Panel kajian Akidah(PKA) dan Panel kajian Syariah(PKS)Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)memutuskan "Amalan menyambut Hari valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam" Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam MAlaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 memutuskan bahawa:amalan merayakan hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam.Roh perayaan terbabit mempunyai unsur Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah serta dilarang Islam.

>KONSEP KASIH SAYANG ISLAM<

kasih sayang adalah satu anugerah dan ia sangat dituntut dalam Islam.Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk orang disayangi hingga terjadinya kes bunuh diri dan pelbagai lagi yang diharamkan Islam. Konsep sebenar kasih sayang dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyanyangi berdasarka panduan dari Allah.

>CIRI PASANGAN SESUAI BERCINTA<

Ia dibahagika kepada 4 iaitu, niatnya berkahwin demi menjaga akhlak dan agama sentiasa;mempunyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terbabit dengan perkara yang diharamkan agama yang menjuruskan kepada pendekatan zina;istiqamah dalam menjaga solat 5 waktu;berpuasa pada Ramadhan dan menjadi Muslim yang sebenar;dan terakhir dan sentiasa menjaga batasan aurat.

>CINTA SEBELUM PERKAHWINAN<
ini berlaku kerana cinta seseorang kepada kekasihnya melebihi cintanya kepada Allah. Mereka melanggar hukum Yang Esa kerana khayal di alam percintaan tanpa berpandukan syarak.

>PERATURAN HUBUNGAN CINTA<
peraturab dalam hubungan cinta kepada manusia itu didasarkan juga kepada cintakan Allah dan hendaklah kita pastikan ketika menjalin hubungan,tiada hukum-Nya yang dilanggar.

>CARA KEKAL CINTA SESAMA MANUSIA<

letakkan asas cinta kepada cintakan Allah s.w.t "Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku".(az-Zariyat,51:56)

>TEGAHAN SAMBUTAN<

Islam melarang perayaan ini kerana ia boleh menjerumus pasangan kearah maksiat seperti pergaulan bebas,zina,hamil tanpa nikah,dan paling menyedihkan ia berlaku kepada masyarakat melayu yang beragama Islam.

1 comment:

  1. cuba la kita ambil sedikit pengajaran dan panduan dalam melihat realiti kehidupan kita sekarang..moga2 dengan tidak seberapa article ini dapat mentarbiah diri kita dan rakan2 yang lain..insyaAllah...

    ReplyDelete