Wednesday, December 23, 2009

WARKAH BUAT HAWA



Bingkisan nurani dariku Adam untuk permata dunia…….

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih……… Didoakan moga kalian berada dibawah lembayung kerahmatan Ilahi……

Maafkan aku terlebih dahulu kiranya coretan ini bisa mengguris hatimu……. Meskipunku tahu jiwamu selembut sutera bisa hancur luluh hatimu dengan kata-kata yang bakal ku ungkapkan ini…….. Namun mengertilah duhai Hawa….. Kerana kaulah pengubat kesunyian sewaktu aku di Syurga…..dan engkau berasal dari tulang rusukku yang bengkok…. Kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,lantas ku gagahi jua diri ini………

Hawa,

Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan bilangan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini……itulah kebesaran serta penelitian Sang Pencipta di dalam urusannya…… Bayangkanlah Hawa…… Sekiranya kaumku melebihi kaummu, pasti dunia ini akan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna kesuraman lantaran kekejaman serta penindasan kerana dirimu……..

Hawa,

Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda saat ini…. Tapi permintaanku duhai Hawa…. Cuba renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini kian berubah…….. Tidakkah engkau mengerti bahawa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata…… Namun bukan sebagai perhiasan semata-mata……. Duri-duri yang melingkari dirimu……. Itulah hijab yang digariskan Yang Maha Esa sebagai pelindungan yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita…. Disitulah nilai seorang wanita yang sebenar…… Mengapa Hawa?.... Mengapa harus kau biarkannya terdedah….. Terdedah kepada kami…. Kaum ajnabimu?.... Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu yang umpama bahan yang mudah diperkotak-katikkan….. Di mana-mana sahaja bisa ku lihat kaummu menghayun langkah bukan sebaik dulu lagi….. Langkahmu kian pantas….. Apa yang kau kejari sebenarnya?.... Ku sendiri tidak pasti!!..... Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-temanku yang lain….. Bersama hayunan langkah itu,suaramu kian meninggi, diiringi gelak tawa yang cukup menyakitkan mata dan memedihkan telinga…… Sedarkah kau Hawa?..... Haruskah kau terima hakikat bahawa kau kini sudah berubah?....... Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah ku tunjukkan kepadamu dulu!!


Hawa,

Mengapa dirimu kini menjadi tontonan ramai?!!..... Perlukah kau hiaskan dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan kau miliki dari pelbagai ciri-ciri yang ditegah Islam!!...... Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan sepertimana yang pernahku alami suatu ketika dahulu….. Dimana kaum Hawa mempersiapkan diri sekemas dan sesederhana mungkin…. Cukupku rasakan kehadiranmu saat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan yang kau miliki sedangkan kau tahu dirimu adalah fitnah…… Hanya fitnah semata-mata…… Fahamilah Hawa…. Usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi dan menjejaki syaitan yang sentiasa meletakkanmu seperti butir peluru yang bisa hinggap dimana sahaja dan meninggalkan fitnah buat kaumku ini!!

Hawa,

Betapa sakit dan pedihnya hatiku di saat kulihat auratmu menjala di sekeliling pandangan….. Aku tidak mahu Hawa…. Aku tidak sanggup Hawa…. Suatu hari nanti,di negeri abadi itu,memperlihatkan seksaan terhadap kaummu yang kukira paling hebat…….!! Apa tidaknya,Seurat rambutmu yang dijamah oleh pandangan kaumku,ular menanti dimana-mana….. Sejengkal tanganmu yang kelihatan,,aduh!!!..... Banyaknya seksaan yang menanti buatmu….. Mengapa begitu Hawa?..... Tidakkah kau ingat bahawa apa yang perlu kau jaga sebagai seorang wanita adalah maruahmu!!..... Dimanakah maruahmu andai auratmu terpamer dimana-mana?

Hawa,

Tidakkah kau malu terhadap penipuan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri….. Dibumi barakah ini….. Auratmu kau selindungkan di sebalik pemakain di atas dasar peraturan yang harus kau laksanakan.. Tapi nun jauh di sana… tersentak diriku melihat dirimu yang jauh berbeza.. Ke mana hilangnya tudung litupmu?.. jilbabmu?.. Apatah lagi tingkah lakumu!! Di mana kau letak martabat seorang hafizah yang bibirnya sentiasa basah dengan Kalamullah???!!

Hawa,

Tutuplah auratmu,jagalah dirimu..Bertuturlah dengan lemah lembut tapi bukan dengan lemah gemalai!!jika terlanjur,semua ini bisa membawa dosa jua padaku.. jangan kau perlihatkan apa yang patut kau sembunyikan.. Tapi ingatlah.. cukup sekadar kedua tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan.. Bukan kakimu.. Bukan jua tanganmu.. Ingatlah Tuhan kita ada mengatakan;
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman,hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya”(surah An-Nur:21)

Hawa,

Andai kau masih belum dimiliki.. usahlah kau risau akan jodohmu.. Ingatlah bahawa janji Allah itu adalah pasti… “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik”… Janganlah kau menggadaikan maruahmu hanya semata-mata untukku.. Jangan mengenakan busana yang menjolok mata hanya untuk memancingku.. Kerana kau hanya menarik nafsuku bukan hatiku.. Jangan sekali-kali kau bisa mengaturkan pertemuan denganku kerana kita ada makhluk Allah yang ketiga.. Aku juga bimbang kita akan terjerumus ke kancah maksiat..

Hawa,

Mungkin ku harus hentikan bicara ini di sini dahulu.. Andai diizinkan Allah.. Kita bersua lagi di lain lembaran dan yang pastinya kau akan tetap ku bombing.. Harapanku muncullah walau secebis kesedaran di hatimu.. Dan ku doakan moga Allah membuka hatimu untuk mencetuskan anjakan paradigm kerana darimulah akan lahir mujahid dan mujahidah alam…ADAM..

created by cuya

2 comments: