Tuesday, March 16, 2010

Rasulullah, Iblis dan Syaitan

Rasulullah telah menyoal iblas dengan sabdanya : " Wahai iblis, ketika umatku berdiri melakukan solat, bagaimanakah hal engkau?." Jawab iblis : " Masa itulah yang paling susah bagiku, seluruh badanku menggeletar dan lemah. Lalu aku menyuruh sekelian bala tentera aku yang terdiri dari syaitan supaya menggoda orang yang hendak solat. Setiap orang akan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan, setengah pada anggotanya supaya dia merasa malas. Setengahnya akan masuk ke dalam hati supaya dia merasa was-was serta terlupa akan rakaatnya dan akan bimbang terhadap pekerjaan dunia serta akan segera keluar dari sembahyang dan setengahnya akan masuk ke dalam mata lalu menjadikan hatinya tidak senang. Akan datang pula syaitan duduk di belakangnya supaya orang itu tidak tahan lama untuk duduk tahiyyat dan di dalam hatinya berkehendakkan supaya sembahyangnya itu cepat habis. Dengan ini dia akan mengurangkan pahala solat. Sekiranya sekelian syaitan itu tidak dapat menggoda, maka akan aku hukum dengan seberat-berat hukuman ke atas syaitan itu."

m@Nt@n

No comments:

Post a Comment