Saturday, July 28, 2012

TAZKIRAH RAMADHAN (Siri 2) ~TAQWA~


الحمدلله رب العلمين, والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمر سلين, وعلى اله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين. أما بعد

Saudara/i yang dirahmati sekalian...

Allah Ta'ala berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, telah difardhukan ke atas kamu puasa sebagaimana telah difardhukan juga kepada umat-uma yang terdahulu, moga-moga kamu bertaqwa". (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Pangkat taqwa adalah pangkat yang tertinggi juga menjadi matlamat utama dalam mengerjakan ibadah puasa. Dengan ibadah puasa mampu melahirkan hamba Allah yang taat dan patuh kepada segala arahan Allah dan meninggalkan segala yang dilarang.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Taqwa di sini, taqwa di sini, taqwa di sini (Rasulullah mengulang perkataan tersebut sebanyak 3 kali) sambil menunjukkan isyarat tangan di dada baginda".

Semestinya isyarat Rasulullah tersebut menunjukkan kepada saketul daging yang berada di dalam dada yang benama hati. 

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:

"Di dalam tubuh setiap anak adam ada seketul daging, jika baik ia, maka baiklah seluruhnya, jika jahat ia, maka jahatlah seluruhnya. Ia adalah hati".

Sayyidina Umar al-Khattab mengibaratkan taqwa adalah:

"Taqwa ibarat seorang hamba yang berjalan di tempat yang penuh dengan duri". 

Semestinya apabila seseorang berjalan di tempat yang penuh dengan duri, maka dia akan berhati-hati agar tidak terkena duri tersebut. Begitulah dalam kehidupan kita selaku hamba Allah Ta'ala, kita semestinya berhati-hati dalam setiap tindak tanduk kita agar tidak terjerumus ke dalam kebinasaan dan tidak melewati hukum-hakam yang telah ditetapkan.

Sayyidina Ali k.w.j. pula menyatakan bahawa Taqwa adalah:

"Takut kepada Tuhan Maha Perkasa, beramal dengan al-Quran yang diturunkan, bersedia untuk hari kemudian dan redha dengan perkara sedikit yang diberi oleh Allah".

Ibnu Masu'd pula menyatakan bahawa Taqwa bermaksud:

"Ingatlah pada Allah, jangan sesekali lupa padaNya. Bersyukurlah pada Allah, jangan sesekali kufur pada nikmatNya. Taatlah kepada segala perintahNya, jangan sesekali melanggarinya".

*Ramadhan Yang Sama, Natijah Yang Berbeza*
cc:ustmyzan

TAZKIRAH RAMADHAN (Siri 1)


الحمدلله رب العلمين, والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمر سلين, وعلى اله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين. أما بعد

Saudara/i yang dirahmati sekalian...

Sedarlah diri bahawasanya, kita telahpun berada di dalam Universiti Of Ramadhan al-Mubarak. Jika sebelum ini kita berdoa siang dan malam untuk sempat bersama dengan Ramadhan, maka janganlah persiakannya kerana Allah telah memberi peluang kepada kita untuk berada di dalam bulan Ramadhan. Teramat rugilah barangsiapa yang mensia-siakan nikmat ini.

Tinggalkanlah perkara-perkara yang lara serta boleh mengurangkan pahala puasa seperti menonton movie, bergame secara berlebihan, berbual kosong dan sewaktu dengannya. Jika tak boleh tinggal sekalipun, kurangkanlah dari bulan-bulan biasa. Kita mengharapkan ganjaran, maghfirah dan pangkat Taqwa dari Allah, tetapi diri kita tak ubah seperti sedia kala.

Kita adalah umat yang terbaik, janganlah kita cemari wajah Rasulullah s.a.w. dengan tindakan kita yang jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Bertaubatlah dan sedarlah bahawasanya, sekarang ini kita telahpun berada di dalam bulan Ramadhan. SEDAR DIRI!!!

Imam al-Ghazali pernah berkata bahawa "Usia yang berbaki Allah Ta'ala kurniakan kepada hambanya adalah untuk hamba itu bertaubat kepada Allah Ta'ala".

Marilah sama-sama kita merebut segala ganjaran yang ditawarkan oleh Allah Ta'ala sepanjang bulan Ramadhan dan berubah menjadi insan yang Rabbaniyyin (Hamba Allah) bukannya Ramadhaniyyin (Hamba Ramadhan).

*Ramadhan Yang Sama, Natijah Yang Berbeza*
cc:ustmyzan

Wednesday, July 4, 2012

~Dengar Apa Kata Alim Ulama tentang Nisfu Sya'ban~



~Kita hendaklah melakukan ibadah sekadar yang disebut oleh nas. Segala kebaikan itu adalah mengikut Salaf, segala keburukan itu adalah bidaah golongan selepas daripada mereka, setiap yang diada-adakan itu bidaah dan setiap bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu adalah dalam api neraka~

~Salam Nisfu Sya'ban~


Assalamualaikum sahabat deten sekalian..sudah lama rasanyer admin xupdate blog kita nie..maklumlah akibat kekangan masa yang terlalu padat dan pelbagai masalah yang dihadapi menyebabkan admin xberpeluang untuk menjengok sebentar ke halaman keluarga kita nie..

Alhamdullillah, dengan keizinan dari Allah admin sempat juga untuk meneruskan aktiviti2 dalam blog kita nie untuk sama-sama menberi peringatan buat kita bersama..walaupun banyak kekurangan & kelemahan yang masih banyak dilakukan oleh admin dalam menerbitkan artikel-artikel dalam blog kita nie, InsyaAllah dengan nasihat & pandangan sahabat-sahabat admin cuba perbaiki dari masa ke masa.

Akhirnya, sempena Nisfu Sya'ban yang telah tiba nie, admin ingin mengucapkan salam Nisfu Sya'ban kepada semua ahli keluarga deten xkira dimana pon berada yep..marilah kita perbanyakkan beribadat, berdoa memohon ampun kepada Allah s.w.t moga-moga kita semua dipertemukan oleh Allah s.w.t dengan kedatangan Ramadhan al-Mubarak yang akan datang xlama lagi..Amin!!

Friday, June 15, 2012

Hilangnya Seorang Murabbi- Al-Fatihah-




Daripada Abdullah bin 'Amr رصي الله عنه, Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan roh (mematikan) para ulama'. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama') yang tinggal. Ketika itu manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka & menyesatkan orang lain."
 (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)


Ulama' adalah manusia paling gemilang dalam hidup peradaban manusia. Mereka tidak memerlukan modal jutaan duit timbunan harta untuk memaut hati manusia untuk meneruskan apa yang mereka perjuangkan. Sebaliknya, modal mereka hanyalah keihlasan dalam beramal yang menjadi minyak pelita yang akan terus menjadi sumbu nyalaan semangat dalam kehidupan insan yang mencari Tuhan. Tenagkanlah Allahyarham menemuiNya, tersenyum di alam barzakh dengan amal-amal bertimpa. 

Allahumaghfirlahu warhamhu wa'afihi wafu'anhu waakrim nuzulahu ya 'Adzim! Allahumma ameen.. al-Fatihah!! 

Saturday, June 2, 2012

Munajat Pejuang ISLAM


Syair Arab yang disebut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Hafizahullahuta'ala
dalam Himpunan Hijau baru-baru ini:

طرقت باب الرجا والناس قد رقدوا
وبت أشكو إلى مولاي
وقلت يا أملي في كل نائبة
يا من عليه بكشف الضر اعتمد أشكو إليك أمورا أنت تعلمها
مالي على حملها صبر ولا جلد
وقد مددت يدي بالذل مبتهلا
يا خير من مدت إليه يد
فلا تردنها يا رب خائبا
فبحر جودك يروي كل من يرد 

Terjemahan sebagaimana yang diberikan oleh beliau sendiri adalah seperti berikut:

Semasa orang lain sedang tidur nyenyak Ya Allah
Aku ketuk pintuMu membawa menggunung harapan,
Aku merayu padaMu sepanjang malam,

Bagaimana pedihnya penderitaan yang aku pikul,
Aku bermadah wahai Tuhan,
Kerana Kamu adalah tumpuanku,

Bila saja bala meninpa,
Hanya pada kamu sahajalah tempat aku berpaut,
Aku mengadu padaMu aneka penderitaan,
kamu tentu tahu sepenuh-penuhnya,
Kesabaranku sudah mulai luntur,
Daya tenagaku mulai lemah lesu,
Oleh itu padaMu Ya Allah,
Aku menadah tangan dengan cukup hina,
Kerana kamu Zat yang sememangya layak untuk sepenuhnya ditadah.

Ya Rabbi, jangan biarkan tadahanku tidak berisi,
Limpah kurniaMu seluas lautan,
Akan memuaskan siapa sahaja yang menghirupnya.

Puisi atau qasidah ini turut didengdangkan oleh Kumpulan Qasidah terkenal, Abu Sya'ar...mari sama-sama kita menghayati video ini.







Tuesday, May 29, 2012

Munajat Umat Islam buat Syria

YA ALLAH!! Bantulah saudara-saudara kami di Syria wahai Tuhan sekalian alam, Ya Allah, bantulah mereka, jadikanlah bantuanMu kepada mereka, kuatkan mereka.

Ya Allah! Hancurkan sesiapa yang menyeksa, mengkhianati dan menzalimi mereka. Ya Allah!! Sesiapa yang menghendaki mereka dalam kejahatan, maka gagalkanlah rancangan jahat tersebut dan sesiapa yang menghendaki mereka dalam kebaikan, maka bantulah, tolonglah dan tetapkanlah pendirian mereka.

Ya Allah!! Sesungguhnya hamba-hambaMu di Homs, Hamah, Idlib, dan Dar'a(iaitu wilayah-wilayah di Syria) dibunuh, disembelih, dan dihalau dari rumah masing-masing, kampung halaman mereka, anak-anak mereka serta  agama mereka. Oleh itu, gagalkanlah segala perancangan jahat mereka, leburkan pakatan mereka, pecah-belahkan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, turunkanlah kemurkaanMu kepada mereka, serta utuskan kepada mereka api yang diturunkan dari langit dan yang keluar dari bumi.

Ya Allah!! Sepertimana Engkau mencabut kerajaan dari Mubarak dan Zainal Abidin Ben Ali, maka cabutlah kerajaan dari Basyar. Sepertimana Engkau membunuh Gaddafi, maka bunuhlah  Basyar.

Wahai Tuhan yang memiliki Hari Agama (Kiamat), Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau yang kami memohon pertolongan, maka hancurkan mereka dan jadikan usaha mereka selama ini sia-sia seperti debu-debu yang berterbangan. Ya Allah!! Jadikan usaha Basyar Al-Asad sia-sia seperti debu-debu yang berterbangan. Ya Robb Al-amin...!!