Saturday, May 12, 2012

Alangkah Bahagianya Dapat Teman Hidup Begini


  1. Membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah serta bertanggungjawab.
  2. Menyempurnakan Rukun Islam dan manjauhi kemungkaran. Buat sesuatu ikhlas kerana Allah.
  3. Berilmu, sederhana dalam serba-serbi, bijaksana dalam tindakan dan tidak melampaui batas.
  4. Bersih hatinya tanpa hasad dengki.
  5. Ada perasaan malu(bertempat) dan bersopan-santun dalam tutur bicara. Sentiasa berusaha untuk berjaya dalam kehidupan dunia & akhirat.
  6. Tidak suka bercakap bohong, jiwanya murni dan ikhlas, jujur serta tidak curang, sedap mata memandangnya dengan penuh kasih sayang.
  7. Tidak menganiayai kita bahkan dari hari ke hari kasihnya bertambah kuat serta setia pada kita. Dia sentiasa bersyukur dan redha dengan apa yang telah ditakdirkan dalam hidupnya.
  8. Selalu mengikatkan kita tentang kebesaran Allah dan mengajak kita bersolat serta berbuat kebaikan.
  9. Tidak suka ambil kesempatan ke atas diri kita atau mengikis duit kita.
  10. Semoga Allah temukan kita insan seperti ini suatu hari nanti, InsyaAllah..



1 comment:

  1. Post nie sempena kawan2 kita yg akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lg..hehe,, bg sapa2 yg masih mencari, admin saran carilah gnie yep..:-D

    ReplyDelete