Wednesday, May 9, 2012

Meyakinkan Seseorang untuk menerima Nasihat


Kebanyakan manusia dibebani atau disibukkan dengan bermacam-macam arahan serta kongkongan sehingga menjerumuskan mereka kedalam lingkungan perasaan bosan dan serabut.Terutama sekali adalah sekiranya pendapat tersebut dibina atas dasar pandangan semata-mata.Sebagaimana  seseorang yang menasihati anda tentang sesuatu majlis yang telah anda bersusah payah melancarkan majlis tersebut tanpa mengira kepenatan samada dari sudut kewangan mahupun tenaga yang sudah pasti amat banyak digunakan.

Lantas,orang yang memberi nasihat berkata:”wahai saudara,majlis ini tidak berapa sempurna,dan usaha anda menjadi sia-sia kerana majlis ini kurang berjaya,padahal aku menyagka bahawa majlis ini lebih baik..ternyata sangkaanku meleset..kemudian,kamu pula berkata:kenapa?.Dia menjawab:wahai saudara,sesungguhnya aku amat menyukai daging rebus/sup,tetapi kebanyakan danging disini adalah daging panggang!!...acar pula pula terlalu masam disebabkan buah lemon..sesungguhnya aku tidak menyukai perkara tersebut..begitu juga dengan pencuci mulut yang telah dihiasi dengan krim..ia menjadikan rasanya langsung tidak enak..Kemudian dia berkata kepada anda:”secara umumnya ramai hadirin akan kecewa.Mereka hanya makan sekadar untuk mengambil hati anda..ataupun mereka terpaksa”..

Dan kamu disini menunggu nasihat yang berupa kejian..Dan janganlah sesekali kamu menerima nasihat atau pandangannya kerana semua perkara yang telah diberitahu tadi adalah berdasarkan perasaa dan pandangan peribadi semata-mata!!...cuba bayangkan orang seperti ini memberi nasihat dalam pengendalian anak-anak, isteri, pembinaan rumah tangga atau jenis kereta..sudah pasti ia dilalakukan berdasarkan citarasanya…Sentiasalah waspada dengan nasihat yang bertopengkan cemuhan serta pandangan peribadi semata-mata!!...jika pendapat kamu diminta..walaupun kamu bercakap dengannya dan menasihatinya sebagaimana kamu menasihati orang yang melakukan kesalahan..sesungguhnya dia tidak akan sesekali menerima apa yang kamu perkatakan melainkan hujah yang kamu kemukakan sangat kuat ketika kamu menasihatinya…

Seorang badwi yang sombong telah duduk bersama sekumpulan orang yang soleh..dan mereka berbicara tentang perihal taat kepada ibu bapa..si badwi itu mendengar..lalu berpalinglah salah seorang dari golongan soleh lantas bertanya kepada lelaki badwi tersebut:wahai saudara…bagaimanakah kamu taat kepada ibumu?..lalu si badwi tadi menjawab:aku sentiasa taat dan patuh kepada ibuku..kemudian dia yakni golongan soleh tadi bertanya lagi:sejauh manakah ketaatanmu itu?..lalu jawab si badwi:demi Allah,aku tidak pernah memukulnya dengan cemeti walau sekali..aku hanya memukul dengan tangan atau serban jika aku ingin..alangkah taatnya aku kepada ibuku.Maka sangat sedihlah sekiranya ukuran baik dan buruk hanyalah pada pandangan diri sendiri. maka jadilah sahabat atau teman yang lebih baik supaya dapat membaiki kesalahan yang dilakukan temanmu.

Sesungguhnya pada zaman itu ada seorang perempuan dari bani makhzum yang meminjam barang dari perempuan lain.Dan dia telah cuai untuk memulangkan kembali barang tersebut.Namun,apabila dia ditanya tentang barang tersebut,dia mengingkari dengan mengatakan dia tidak pernah mengambil barang tersebut.Apabila keburukan tentang perempuan tersebut kian tersebar dek sifat keingkaran dan mencuri, maka berita berkenaan wanita ini telah diangkat kepada nabi untuk diadili. Kemudian,hukuman potong tangan telah diputuskan keatas wanita tersebut. Sehubungan dengan itu, kaum quraisy merasakan sangat berat bagi mereka untuk melaksanakan hukuman tersebut lantaran wanita tadi merupakan wanita dari kabilah yang sangat terkemuka dan dihormati.Mereka bersepakat untuk berbincang dengan nabi bagi meringankan hukuman terhadap wanita tersebut dengan menggantikan hukuman potong tangan dengan hukuman sebat atau denda wang dan sebagainya. Pun begitu, setiap kali mereka ingin berhadapan dengan nabi bagi membincangkan perkara ini maka timbullah perasaan ragu-ragu dalam diri mereka. Lalu mereka mengambil keputusan untuk terus pulang. Lalu mereka berkata: kita tidak berani untuk bersemuka dengan nabi melainkan usamah bin zaid kerana dia mencintai rasul dan merupakan anak kepada kekasihnya. 

Dia serta bapanya telah dididik dirumah nabi dan telahpun baginda anggap sebagai anak sendiri. Lantas, mereka mengkhabarkan berita ini kepada usamah…kemudian, usamah pergi berjumpa dengan baginda..beliau duduk mendekati nabi sambil memberi cadangan supaya hukuman wanita dari bani makhzum tadi diringankan sambil mendakwa bahawa wanita tersebut adalah dari golongan wanita yang sangat mulia. Usamah terus memberikan hujah,dan nabi hanya mendengar. Sesungguhnya Usamah cuba mempengaruhi baginda dengan pandangannya. Nabi hanya melihat usamah yang cuba mempengaruhinya dengan penuh ketenangan…usamah tidak menyedari bahawa dia telah meminta sesuatu perkara yang tidak harus dilakukan!!..kemudian nabi berpaling dari usamah dalam keadaan marah lalu keluarlah perkataan yang menyebabkan usamah sedar akan kesalahannya: adakah kamu meminta keringanan dari hukum hudud yang telah ditetapkan Allah wahai usamah!!?..maka jelaslah bagi usamah sebab nabi marah kepadanya..sesungguhnya hukum yang telah Allah tetapkan kepada hambanya tidak boleh ditawar menawar.Dengan segera usamah berkata:ampunkan saya wahai Rasulullah.

1 comment: