Sunday, May 13, 2012

Salam Imtihan!!


Salam imtihan kepada semua sahabat-sahabat yang sedang menduduki imtihan, tidak kira sahabat-sahabat yang berada di malaysia mahupun di luar negara. Jawab molek-molek neh. Mintak doa daripada sahabat-sahabat sekalian dan yang paling tercinta murabbi kami. Doakan anak didikmu sekalian Najah di dunia & akhirat. Study smart !!

Saturday, May 12, 2012

Pesanan Saidina Ali KarramAllahu Wajhah

  1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyuk'
  2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
  3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya
  4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat yang wara'
  5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyanyangi
  6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
  7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
  8. barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bearti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hati dia mati

Alangkah Bahagianya Dapat Teman Hidup Begini


  1. Membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah serta bertanggungjawab.
  2. Menyempurnakan Rukun Islam dan manjauhi kemungkaran. Buat sesuatu ikhlas kerana Allah.
  3. Berilmu, sederhana dalam serba-serbi, bijaksana dalam tindakan dan tidak melampaui batas.
  4. Bersih hatinya tanpa hasad dengki.
  5. Ada perasaan malu(bertempat) dan bersopan-santun dalam tutur bicara. Sentiasa berusaha untuk berjaya dalam kehidupan dunia & akhirat.
  6. Tidak suka bercakap bohong, jiwanya murni dan ikhlas, jujur serta tidak curang, sedap mata memandangnya dengan penuh kasih sayang.
  7. Tidak menganiayai kita bahkan dari hari ke hari kasihnya bertambah kuat serta setia pada kita. Dia sentiasa bersyukur dan redha dengan apa yang telah ditakdirkan dalam hidupnya.
  8. Selalu mengikatkan kita tentang kebesaran Allah dan mengajak kita bersolat serta berbuat kebaikan.
  9. Tidak suka ambil kesempatan ke atas diri kita atau mengikis duit kita.
  10. Semoga Allah temukan kita insan seperti ini suatu hari nanti, InsyaAllah..



Thursday, May 10, 2012

Orang Muda Bebas dari Kepentingan

Jom Pakat-pakat dengor...
Dr Asri Zainul Abidin (Dr MAZA)


Wednesday, May 9, 2012

Meyakinkan Seseorang untuk menerima Nasihat


Kebanyakan manusia dibebani atau disibukkan dengan bermacam-macam arahan serta kongkongan sehingga menjerumuskan mereka kedalam lingkungan perasaan bosan dan serabut.Terutama sekali adalah sekiranya pendapat tersebut dibina atas dasar pandangan semata-mata.Sebagaimana  seseorang yang menasihati anda tentang sesuatu majlis yang telah anda bersusah payah melancarkan majlis tersebut tanpa mengira kepenatan samada dari sudut kewangan mahupun tenaga yang sudah pasti amat banyak digunakan.

Lantas,orang yang memberi nasihat berkata:”wahai saudara,majlis ini tidak berapa sempurna,dan usaha anda menjadi sia-sia kerana majlis ini kurang berjaya,padahal aku menyagka bahawa majlis ini lebih baik..ternyata sangkaanku meleset..kemudian,kamu pula berkata:kenapa?.Dia menjawab:wahai saudara,sesungguhnya aku amat menyukai daging rebus/sup,tetapi kebanyakan danging disini adalah daging panggang!!...acar pula pula terlalu masam disebabkan buah lemon..sesungguhnya aku tidak menyukai perkara tersebut..begitu juga dengan pencuci mulut yang telah dihiasi dengan krim..ia menjadikan rasanya langsung tidak enak..Kemudian dia berkata kepada anda:”secara umumnya ramai hadirin akan kecewa.Mereka hanya makan sekadar untuk mengambil hati anda..ataupun mereka terpaksa”..

Dan kamu disini menunggu nasihat yang berupa kejian..Dan janganlah sesekali kamu menerima nasihat atau pandangannya kerana semua perkara yang telah diberitahu tadi adalah berdasarkan perasaa dan pandangan peribadi semata-mata!!...cuba bayangkan orang seperti ini memberi nasihat dalam pengendalian anak-anak, isteri, pembinaan rumah tangga atau jenis kereta..sudah pasti ia dilalakukan berdasarkan citarasanya…Sentiasalah waspada dengan nasihat yang bertopengkan cemuhan serta pandangan peribadi semata-mata!!...jika pendapat kamu diminta..walaupun kamu bercakap dengannya dan menasihatinya sebagaimana kamu menasihati orang yang melakukan kesalahan..sesungguhnya dia tidak akan sesekali menerima apa yang kamu perkatakan melainkan hujah yang kamu kemukakan sangat kuat ketika kamu menasihatinya…

Seorang badwi yang sombong telah duduk bersama sekumpulan orang yang soleh..dan mereka berbicara tentang perihal taat kepada ibu bapa..si badwi itu mendengar..lalu berpalinglah salah seorang dari golongan soleh lantas bertanya kepada lelaki badwi tersebut:wahai saudara…bagaimanakah kamu taat kepada ibumu?..lalu si badwi tadi menjawab:aku sentiasa taat dan patuh kepada ibuku..kemudian dia yakni golongan soleh tadi bertanya lagi:sejauh manakah ketaatanmu itu?..lalu jawab si badwi:demi Allah,aku tidak pernah memukulnya dengan cemeti walau sekali..aku hanya memukul dengan tangan atau serban jika aku ingin..alangkah taatnya aku kepada ibuku.Maka sangat sedihlah sekiranya ukuran baik dan buruk hanyalah pada pandangan diri sendiri. maka jadilah sahabat atau teman yang lebih baik supaya dapat membaiki kesalahan yang dilakukan temanmu.

Sesungguhnya pada zaman itu ada seorang perempuan dari bani makhzum yang meminjam barang dari perempuan lain.Dan dia telah cuai untuk memulangkan kembali barang tersebut.Namun,apabila dia ditanya tentang barang tersebut,dia mengingkari dengan mengatakan dia tidak pernah mengambil barang tersebut.Apabila keburukan tentang perempuan tersebut kian tersebar dek sifat keingkaran dan mencuri, maka berita berkenaan wanita ini telah diangkat kepada nabi untuk diadili. Kemudian,hukuman potong tangan telah diputuskan keatas wanita tersebut. Sehubungan dengan itu, kaum quraisy merasakan sangat berat bagi mereka untuk melaksanakan hukuman tersebut lantaran wanita tadi merupakan wanita dari kabilah yang sangat terkemuka dan dihormati.Mereka bersepakat untuk berbincang dengan nabi bagi meringankan hukuman terhadap wanita tersebut dengan menggantikan hukuman potong tangan dengan hukuman sebat atau denda wang dan sebagainya. Pun begitu, setiap kali mereka ingin berhadapan dengan nabi bagi membincangkan perkara ini maka timbullah perasaan ragu-ragu dalam diri mereka. Lalu mereka mengambil keputusan untuk terus pulang. Lalu mereka berkata: kita tidak berani untuk bersemuka dengan nabi melainkan usamah bin zaid kerana dia mencintai rasul dan merupakan anak kepada kekasihnya. 

Dia serta bapanya telah dididik dirumah nabi dan telahpun baginda anggap sebagai anak sendiri. Lantas, mereka mengkhabarkan berita ini kepada usamah…kemudian, usamah pergi berjumpa dengan baginda..beliau duduk mendekati nabi sambil memberi cadangan supaya hukuman wanita dari bani makhzum tadi diringankan sambil mendakwa bahawa wanita tersebut adalah dari golongan wanita yang sangat mulia. Usamah terus memberikan hujah,dan nabi hanya mendengar. Sesungguhnya Usamah cuba mempengaruhi baginda dengan pandangannya. Nabi hanya melihat usamah yang cuba mempengaruhinya dengan penuh ketenangan…usamah tidak menyedari bahawa dia telah meminta sesuatu perkara yang tidak harus dilakukan!!..kemudian nabi berpaling dari usamah dalam keadaan marah lalu keluarlah perkataan yang menyebabkan usamah sedar akan kesalahannya: adakah kamu meminta keringanan dari hukum hudud yang telah ditetapkan Allah wahai usamah!!?..maka jelaslah bagi usamah sebab nabi marah kepadanya..sesungguhnya hukum yang telah Allah tetapkan kepada hambanya tidak boleh ditawar menawar.Dengan segera usamah berkata:ampunkan saya wahai Rasulullah.

Come back to our's blog!!

بسم الله الرمن الحيم
Assalamualikum sahabat-sahabat, para masyaikh dan follower yang sentiasa mengikuti perkembangan blog deten-generation ini(walaupun kenyataan nie mcm xbetul je)..huhu.. Admin nak minta maaf banyak-banyak kerana dh lama xupdate blog nie..terutamanya kawan-kawan ikhwah n akhowat yang selama nie rajin jgk tegok2 blog nie..klo xsilap admin, dh hampir 2 tahun blog nie x'bernyawa' op..bkn kerana xberminat dh ngan blog nie, tp admin menghadapi masalah sket dlm nk meng'update' blog nie..skrg Alhamdulillah masalah nie dh selesai..berkat doa sahabat-sahabat..

Admin pasti dalam masa 2 tahun nie dh bermacam-macam perkara yg dh berlalu diantara kita sahabat-sahabat, xkira samada perkara tersebut manis, pahit, suka dan duka kita telah melaluinya bersama. Sebelum terlupa, admin nk ucapkan tahniah kepada semua sahabat-sahabat yg telah berjaya menamatkan sesi pengajian peringkat Diploma dan menggemgam segulung sijil Diploma Tahfiz al-Quran & Qiraat. Alhamdulillah, sahabat-sahabat xhanya berhenti menuntut ilmu sekadar nie sahaja, admin mendapat makluman ramai antara kita yang berjaya menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. Ada yg menyambung pengajian ke Ardu Kinanah (Mesir), ad yg ke bumi Jordan, dan ad yg menjejakkan kaki ke bumi Madinah..tidak dilupakan sahabat-sahabat yg menyambung pengajian di universiti-universiti dalam negara..InsyaAllah dalam masa 3 atau 4 tahun lagi kita semua akan menamatkan pengajian masing-masing dan berilah sumbangan serta kemahiran yg kita perolehi dlm bidang yg diceburi nie bg membantu Agama, Bangsa dan Tanah air tercinta..

Sebenarnya, dalam masa 2 tahun nie jgk la ramai diantara kita yg "status" mereka telah bertukar..dari solo ke bertunang, dr bertunang dh pon mendirikan rumah tangga..tp ad jgk berita yg mengejutkan ramai diantara kita, tgk dr perwatakan seorg yg senyap, tup2 dh pon menikah..apa2 pon admin ucapkan Tahniah & semoga pertalian yg terjalin tersebut kekal hingga ke akhir hayat..Hmm..begitu cepat masa berlalu, hah!! bg kawan-kawan yg belum lg 2 bila lg kn?? admin pasti yg masih belum nie sdh ad calon nyer, cuma tunaikan kewajipan yg lebih 'aula iaitu stdy..huhu..InsyaAllah moga Allah permudahkan segala urusan sahabat-sahabat dan klo dh sampai seru 2, jgn lupa la yep nk menghantar kad jemputan..

Admin pon dh xtau nk tulis ap lagi nie, cuma harapan admin supaya sahabat-sahabat dpt hidupkan & ceriakan semula blog kita nie..walaupun skrg org dh jarang maen blog, asyik sibuk dgn facebook, twitter n mcm-mcm lagi la..jgn kita lupa dh akan blog nie ok..klo ad ap2 yg menarik atau cadangan u blog kita nie bleh la bgtau..admin sedia menerima cadangan dan idea yg bernas dari sahabat-sahabat.




Thursday, May 6, 2010




kenangan jamuan kt rmh ust...mse ni ust xde ank lg...hehe