Saturday, July 28, 2012

TAZKIRAH RAMADHAN (Siri 2) ~TAQWA~


الحمدلله رب العلمين, والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمر سلين, وعلى اله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين. أما بعد

Saudara/i yang dirahmati sekalian...

Allah Ta'ala berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, telah difardhukan ke atas kamu puasa sebagaimana telah difardhukan juga kepada umat-uma yang terdahulu, moga-moga kamu bertaqwa". (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Pangkat taqwa adalah pangkat yang tertinggi juga menjadi matlamat utama dalam mengerjakan ibadah puasa. Dengan ibadah puasa mampu melahirkan hamba Allah yang taat dan patuh kepada segala arahan Allah dan meninggalkan segala yang dilarang.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Taqwa di sini, taqwa di sini, taqwa di sini (Rasulullah mengulang perkataan tersebut sebanyak 3 kali) sambil menunjukkan isyarat tangan di dada baginda".

Semestinya isyarat Rasulullah tersebut menunjukkan kepada saketul daging yang berada di dalam dada yang benama hati. 

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:

"Di dalam tubuh setiap anak adam ada seketul daging, jika baik ia, maka baiklah seluruhnya, jika jahat ia, maka jahatlah seluruhnya. Ia adalah hati".

Sayyidina Umar al-Khattab mengibaratkan taqwa adalah:

"Taqwa ibarat seorang hamba yang berjalan di tempat yang penuh dengan duri". 

Semestinya apabila seseorang berjalan di tempat yang penuh dengan duri, maka dia akan berhati-hati agar tidak terkena duri tersebut. Begitulah dalam kehidupan kita selaku hamba Allah Ta'ala, kita semestinya berhati-hati dalam setiap tindak tanduk kita agar tidak terjerumus ke dalam kebinasaan dan tidak melewati hukum-hakam yang telah ditetapkan.

Sayyidina Ali k.w.j. pula menyatakan bahawa Taqwa adalah:

"Takut kepada Tuhan Maha Perkasa, beramal dengan al-Quran yang diturunkan, bersedia untuk hari kemudian dan redha dengan perkara sedikit yang diberi oleh Allah".

Ibnu Masu'd pula menyatakan bahawa Taqwa bermaksud:

"Ingatlah pada Allah, jangan sesekali lupa padaNya. Bersyukurlah pada Allah, jangan sesekali kufur pada nikmatNya. Taatlah kepada segala perintahNya, jangan sesekali melanggarinya".

*Ramadhan Yang Sama, Natijah Yang Berbeza*
cc:ustmyzan

TAZKIRAH RAMADHAN (Siri 1)


الحمدلله رب العلمين, والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمر سلين, وعلى اله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين. أما بعد

Saudara/i yang dirahmati sekalian...

Sedarlah diri bahawasanya, kita telahpun berada di dalam Universiti Of Ramadhan al-Mubarak. Jika sebelum ini kita berdoa siang dan malam untuk sempat bersama dengan Ramadhan, maka janganlah persiakannya kerana Allah telah memberi peluang kepada kita untuk berada di dalam bulan Ramadhan. Teramat rugilah barangsiapa yang mensia-siakan nikmat ini.

Tinggalkanlah perkara-perkara yang lara serta boleh mengurangkan pahala puasa seperti menonton movie, bergame secara berlebihan, berbual kosong dan sewaktu dengannya. Jika tak boleh tinggal sekalipun, kurangkanlah dari bulan-bulan biasa. Kita mengharapkan ganjaran, maghfirah dan pangkat Taqwa dari Allah, tetapi diri kita tak ubah seperti sedia kala.

Kita adalah umat yang terbaik, janganlah kita cemari wajah Rasulullah s.a.w. dengan tindakan kita yang jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Bertaubatlah dan sedarlah bahawasanya, sekarang ini kita telahpun berada di dalam bulan Ramadhan. SEDAR DIRI!!!

Imam al-Ghazali pernah berkata bahawa "Usia yang berbaki Allah Ta'ala kurniakan kepada hambanya adalah untuk hamba itu bertaubat kepada Allah Ta'ala".

Marilah sama-sama kita merebut segala ganjaran yang ditawarkan oleh Allah Ta'ala sepanjang bulan Ramadhan dan berubah menjadi insan yang Rabbaniyyin (Hamba Allah) bukannya Ramadhaniyyin (Hamba Ramadhan).

*Ramadhan Yang Sama, Natijah Yang Berbeza*
cc:ustmyzan

Wednesday, July 4, 2012

~Dengar Apa Kata Alim Ulama tentang Nisfu Sya'ban~



~Kita hendaklah melakukan ibadah sekadar yang disebut oleh nas. Segala kebaikan itu adalah mengikut Salaf, segala keburukan itu adalah bidaah golongan selepas daripada mereka, setiap yang diada-adakan itu bidaah dan setiap bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu adalah dalam api neraka~

~Salam Nisfu Sya'ban~


Assalamualaikum sahabat deten sekalian..sudah lama rasanyer admin xupdate blog kita nie..maklumlah akibat kekangan masa yang terlalu padat dan pelbagai masalah yang dihadapi menyebabkan admin xberpeluang untuk menjengok sebentar ke halaman keluarga kita nie..

Alhamdullillah, dengan keizinan dari Allah admin sempat juga untuk meneruskan aktiviti2 dalam blog kita nie untuk sama-sama menberi peringatan buat kita bersama..walaupun banyak kekurangan & kelemahan yang masih banyak dilakukan oleh admin dalam menerbitkan artikel-artikel dalam blog kita nie, InsyaAllah dengan nasihat & pandangan sahabat-sahabat admin cuba perbaiki dari masa ke masa.

Akhirnya, sempena Nisfu Sya'ban yang telah tiba nie, admin ingin mengucapkan salam Nisfu Sya'ban kepada semua ahli keluarga deten xkira dimana pon berada yep..marilah kita perbanyakkan beribadat, berdoa memohon ampun kepada Allah s.w.t moga-moga kita semua dipertemukan oleh Allah s.w.t dengan kedatangan Ramadhan al-Mubarak yang akan datang xlama lagi..Amin!!

Friday, June 15, 2012

Hilangnya Seorang Murabbi- Al-Fatihah-




Daripada Abdullah bin 'Amr رصي الله عنه, Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan roh (mematikan) para ulama'. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama') yang tinggal. Ketika itu manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka & menyesatkan orang lain."
 (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)


Ulama' adalah manusia paling gemilang dalam hidup peradaban manusia. Mereka tidak memerlukan modal jutaan duit timbunan harta untuk memaut hati manusia untuk meneruskan apa yang mereka perjuangkan. Sebaliknya, modal mereka hanyalah keihlasan dalam beramal yang menjadi minyak pelita yang akan terus menjadi sumbu nyalaan semangat dalam kehidupan insan yang mencari Tuhan. Tenagkanlah Allahyarham menemuiNya, tersenyum di alam barzakh dengan amal-amal bertimpa. 

Allahumaghfirlahu warhamhu wa'afihi wafu'anhu waakrim nuzulahu ya 'Adzim! Allahumma ameen.. al-Fatihah!! 

Saturday, June 2, 2012

Munajat Pejuang ISLAM


Syair Arab yang disebut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Hafizahullahuta'ala
dalam Himpunan Hijau baru-baru ini:

طرقت باب الرجا والناس قد رقدوا
وبت أشكو إلى مولاي
وقلت يا أملي في كل نائبة
يا من عليه بكشف الضر اعتمد أشكو إليك أمورا أنت تعلمها
مالي على حملها صبر ولا جلد
وقد مددت يدي بالذل مبتهلا
يا خير من مدت إليه يد
فلا تردنها يا رب خائبا
فبحر جودك يروي كل من يرد 

Terjemahan sebagaimana yang diberikan oleh beliau sendiri adalah seperti berikut:

Semasa orang lain sedang tidur nyenyak Ya Allah
Aku ketuk pintuMu membawa menggunung harapan,
Aku merayu padaMu sepanjang malam,

Bagaimana pedihnya penderitaan yang aku pikul,
Aku bermadah wahai Tuhan,
Kerana Kamu adalah tumpuanku,

Bila saja bala meninpa,
Hanya pada kamu sahajalah tempat aku berpaut,
Aku mengadu padaMu aneka penderitaan,
kamu tentu tahu sepenuh-penuhnya,
Kesabaranku sudah mulai luntur,
Daya tenagaku mulai lemah lesu,
Oleh itu padaMu Ya Allah,
Aku menadah tangan dengan cukup hina,
Kerana kamu Zat yang sememangya layak untuk sepenuhnya ditadah.

Ya Rabbi, jangan biarkan tadahanku tidak berisi,
Limpah kurniaMu seluas lautan,
Akan memuaskan siapa sahaja yang menghirupnya.

Puisi atau qasidah ini turut didengdangkan oleh Kumpulan Qasidah terkenal, Abu Sya'ar...mari sama-sama kita menghayati video ini.







Tuesday, May 29, 2012

Munajat Umat Islam buat Syria

YA ALLAH!! Bantulah saudara-saudara kami di Syria wahai Tuhan sekalian alam, Ya Allah, bantulah mereka, jadikanlah bantuanMu kepada mereka, kuatkan mereka.

Ya Allah! Hancurkan sesiapa yang menyeksa, mengkhianati dan menzalimi mereka. Ya Allah!! Sesiapa yang menghendaki mereka dalam kejahatan, maka gagalkanlah rancangan jahat tersebut dan sesiapa yang menghendaki mereka dalam kebaikan, maka bantulah, tolonglah dan tetapkanlah pendirian mereka.

Ya Allah!! Sesungguhnya hamba-hambaMu di Homs, Hamah, Idlib, dan Dar'a(iaitu wilayah-wilayah di Syria) dibunuh, disembelih, dan dihalau dari rumah masing-masing, kampung halaman mereka, anak-anak mereka serta  agama mereka. Oleh itu, gagalkanlah segala perancangan jahat mereka, leburkan pakatan mereka, pecah-belahkan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, turunkanlah kemurkaanMu kepada mereka, serta utuskan kepada mereka api yang diturunkan dari langit dan yang keluar dari bumi.

Ya Allah!! Sepertimana Engkau mencabut kerajaan dari Mubarak dan Zainal Abidin Ben Ali, maka cabutlah kerajaan dari Basyar. Sepertimana Engkau membunuh Gaddafi, maka bunuhlah  Basyar.

Wahai Tuhan yang memiliki Hari Agama (Kiamat), Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau yang kami memohon pertolongan, maka hancurkan mereka dan jadikan usaha mereka selama ini sia-sia seperti debu-debu yang berterbangan. Ya Allah!! Jadikan usaha Basyar Al-Asad sia-sia seperti debu-debu yang berterbangan. Ya Robb Al-amin...!!

Friday, May 25, 2012

~Renungan bersama~

Anak Asset ke Syurga @ Neraka
by : Ustaz Don Daniyal



Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: " Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu)  kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Do you really mean it when you say "I LOVE YOU"

Article by : Kyo

To love and to be loved is one of the sweetest things in life. It is a wonderful time when a person falls in love. There are many songs and poems that tell us what is the feel when a person in love.

But, love is also a mysterious thing. We do not know when we wall in love. Many times it happens suddenly. May be we meet our soul mates when we are waiting bus, or may be it happens we are in hungry, or our soul mates our own class mate, or may be our soul mates are used to be the persons that we hate most of the past. When love season begins, we will feel like in a heaven. All other things do not matter much. Everyday is full of happiness, smiling always as if there is no problem at all.

Is love just like that? Is it real love? Is love just having happiness all the time? Do we know the real meaning of love? Actually in having happiness, we often forget about many things. We tend to think that our partners must make us happy all the time, must make us smile always, must be loyal to us, should miss us every single minute that they breath etc. While we instead of that often that we also must do the same things.




It is real mistake if we always make our partners angry, but we hope they give us a smile, or we hope our partners are loyal to us, but we often are dishonest to them, or we hope they have all the good attitudes but we instead, are not having a good manner. Is it fair? Actually in this life, there are many things that we must give and then we can receive, not just receiving with our giving, or doing the contrary. We give a smile and then we receive a smile too, we do kindness to people and people do kindness to us too. that is how life is.

Understanding our partners is also very important in relationship, but possibly one of the most difficult things in relationship. That is usual when men have works to do and the works must be done with full of attention and taking a quite long of time, their partners get angry because of abandoning them and say unreasonable thoughts such as those men are having secret affairs with other women. To make the situation worse, because of the men are tired and having a bad mood at that time, it makes them furious, and then the war begins. This kind of situation happens usually because of misunderstanding between partners. We should know that the minds of men and women are different. John Gray explained clearly in his best-selling book, "Men Are from Mars, Women are from Venus" on how minds of men and women differ and how to make relationship goes well by understanding the differences.

Love is also about responsibility. As an example, a man has the responsibility to lead his partner and protect his partner while a woman has the responsibility to give support and many other responsibility. When they get married, they have more responsibilities, and after they have their own children, the responsibilities also increase.

In love relationship, we may find many problems or boundaries. We may even have a few small fights between each other. Dr Fahillah Kamsah once told the secret of his happiness living with his wife. The secret is when his wife gets angry with him, he will just shut up and listen, and when the angriness of his wife decreases, at time he will explain what is really going on. And his wife will also the same if he gets angry with her. It is such a good tip, right? Many problems and boundaries that we have in relationship will be easier to be settled if we co-operate. Furthermore, it will make our love even stronger. That is the power of love isn't it?

I would like to end this article with two nice quotes: " We waste time looking for the perfect lover, instead of creating the perfect love"-by Tom Robbins. "I may be not perfect, but i'm almost perfect for him."   

Monday, May 21, 2012

~Selamat Datang Rejab~


DOA BULAN REJAB:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam gengaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman & taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan seungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya Allah."

Istighfar paling baik dlam bulan Rejab:

Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan Allah s.w.t kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

p/s: Marilah sama-sama kita beramal dengan sebaik mungkin dalam bulan ini, mudah-mudahan amalan kebaikan yang dilakukan pada bulan ini sedikit sebanyak membantu kita di akhirat kelak..InsyaAllah..bagi sapa-sapa yang belum habis lagi ganti puasa yang lepas tu, cepat-cepat la ganti yep.. :-)








Saturday, May 19, 2012

"Taubat & Doa"

Petikan dari Ceramah yang bertajuk 
"Taubat & Doa"
oleh :
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ketika jiwa merasa sesal & kecewa
Mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan
Ketika harapan dirasakan tiada lagi
Ketika diri tiada tempat untuk meluah
Melepaskan segala resah di jiwa
Usah berputus asa dengan Rahmat Tuhan
Teruskan perbaiki diri.

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Hanya kepadaNya kita sembah
Hanya kepadaNya kita memohon
Kita seringkali terlupa bahawa Allah lebih tahu apa yang kita perlukan
Teruskan mengharap dengan Tuhanmu.

Yakinlah dengan Tuhanmu dan 
Bersyukurlah wahai diri ini
Selagi nyawa dikandung badan
Peluang untuk kembali kepada Tuhan
Tidak pernah tertutup.

Hayati bersama-sama video ini:



Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru



Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah, Malaikat & ahli (penduduk) langit & bumi, hingga semut di dalam lubang & juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat & di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia." (HR at-Tarmizi)

*****************

Selamat Hari Guru dituju khas buat Murabbi Tercinta, Al-Fadhil Ustaz Azizul bin Hasan & semua guru-guru terutamanya yang berada di Institut al-Quran Terengganu. Semoga sentiasa hidup dalam berkat, rahmat & inayah di dunia & akhirat. Doakan kejayaan kami di dunia & akhirat. Jazakumullahukahaira atas segala tunjuk ajar yang pernah dicurahkan selama ini..






Sunday, May 13, 2012

Salam Imtihan!!


Salam imtihan kepada semua sahabat-sahabat yang sedang menduduki imtihan, tidak kira sahabat-sahabat yang berada di malaysia mahupun di luar negara. Jawab molek-molek neh. Mintak doa daripada sahabat-sahabat sekalian dan yang paling tercinta murabbi kami. Doakan anak didikmu sekalian Najah di dunia & akhirat. Study smart !!

Saturday, May 12, 2012

Pesanan Saidina Ali KarramAllahu Wajhah

  1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyuk'
  2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
  3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya
  4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat yang wara'
  5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyanyangi
  6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
  7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
  8. barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bearti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hati dia mati

Alangkah Bahagianya Dapat Teman Hidup Begini


  1. Membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah serta bertanggungjawab.
  2. Menyempurnakan Rukun Islam dan manjauhi kemungkaran. Buat sesuatu ikhlas kerana Allah.
  3. Berilmu, sederhana dalam serba-serbi, bijaksana dalam tindakan dan tidak melampaui batas.
  4. Bersih hatinya tanpa hasad dengki.
  5. Ada perasaan malu(bertempat) dan bersopan-santun dalam tutur bicara. Sentiasa berusaha untuk berjaya dalam kehidupan dunia & akhirat.
  6. Tidak suka bercakap bohong, jiwanya murni dan ikhlas, jujur serta tidak curang, sedap mata memandangnya dengan penuh kasih sayang.
  7. Tidak menganiayai kita bahkan dari hari ke hari kasihnya bertambah kuat serta setia pada kita. Dia sentiasa bersyukur dan redha dengan apa yang telah ditakdirkan dalam hidupnya.
  8. Selalu mengikatkan kita tentang kebesaran Allah dan mengajak kita bersolat serta berbuat kebaikan.
  9. Tidak suka ambil kesempatan ke atas diri kita atau mengikis duit kita.
  10. Semoga Allah temukan kita insan seperti ini suatu hari nanti, InsyaAllah..



Thursday, May 10, 2012

Orang Muda Bebas dari Kepentingan

Jom Pakat-pakat dengor...
Dr Asri Zainul Abidin (Dr MAZA)


Wednesday, May 9, 2012

Meyakinkan Seseorang untuk menerima Nasihat


Kebanyakan manusia dibebani atau disibukkan dengan bermacam-macam arahan serta kongkongan sehingga menjerumuskan mereka kedalam lingkungan perasaan bosan dan serabut.Terutama sekali adalah sekiranya pendapat tersebut dibina atas dasar pandangan semata-mata.Sebagaimana  seseorang yang menasihati anda tentang sesuatu majlis yang telah anda bersusah payah melancarkan majlis tersebut tanpa mengira kepenatan samada dari sudut kewangan mahupun tenaga yang sudah pasti amat banyak digunakan.

Lantas,orang yang memberi nasihat berkata:”wahai saudara,majlis ini tidak berapa sempurna,dan usaha anda menjadi sia-sia kerana majlis ini kurang berjaya,padahal aku menyagka bahawa majlis ini lebih baik..ternyata sangkaanku meleset..kemudian,kamu pula berkata:kenapa?.Dia menjawab:wahai saudara,sesungguhnya aku amat menyukai daging rebus/sup,tetapi kebanyakan danging disini adalah daging panggang!!...acar pula pula terlalu masam disebabkan buah lemon..sesungguhnya aku tidak menyukai perkara tersebut..begitu juga dengan pencuci mulut yang telah dihiasi dengan krim..ia menjadikan rasanya langsung tidak enak..Kemudian dia berkata kepada anda:”secara umumnya ramai hadirin akan kecewa.Mereka hanya makan sekadar untuk mengambil hati anda..ataupun mereka terpaksa”..

Dan kamu disini menunggu nasihat yang berupa kejian..Dan janganlah sesekali kamu menerima nasihat atau pandangannya kerana semua perkara yang telah diberitahu tadi adalah berdasarkan perasaa dan pandangan peribadi semata-mata!!...cuba bayangkan orang seperti ini memberi nasihat dalam pengendalian anak-anak, isteri, pembinaan rumah tangga atau jenis kereta..sudah pasti ia dilalakukan berdasarkan citarasanya…Sentiasalah waspada dengan nasihat yang bertopengkan cemuhan serta pandangan peribadi semata-mata!!...jika pendapat kamu diminta..walaupun kamu bercakap dengannya dan menasihatinya sebagaimana kamu menasihati orang yang melakukan kesalahan..sesungguhnya dia tidak akan sesekali menerima apa yang kamu perkatakan melainkan hujah yang kamu kemukakan sangat kuat ketika kamu menasihatinya…

Seorang badwi yang sombong telah duduk bersama sekumpulan orang yang soleh..dan mereka berbicara tentang perihal taat kepada ibu bapa..si badwi itu mendengar..lalu berpalinglah salah seorang dari golongan soleh lantas bertanya kepada lelaki badwi tersebut:wahai saudara…bagaimanakah kamu taat kepada ibumu?..lalu si badwi tadi menjawab:aku sentiasa taat dan patuh kepada ibuku..kemudian dia yakni golongan soleh tadi bertanya lagi:sejauh manakah ketaatanmu itu?..lalu jawab si badwi:demi Allah,aku tidak pernah memukulnya dengan cemeti walau sekali..aku hanya memukul dengan tangan atau serban jika aku ingin..alangkah taatnya aku kepada ibuku.Maka sangat sedihlah sekiranya ukuran baik dan buruk hanyalah pada pandangan diri sendiri. maka jadilah sahabat atau teman yang lebih baik supaya dapat membaiki kesalahan yang dilakukan temanmu.

Sesungguhnya pada zaman itu ada seorang perempuan dari bani makhzum yang meminjam barang dari perempuan lain.Dan dia telah cuai untuk memulangkan kembali barang tersebut.Namun,apabila dia ditanya tentang barang tersebut,dia mengingkari dengan mengatakan dia tidak pernah mengambil barang tersebut.Apabila keburukan tentang perempuan tersebut kian tersebar dek sifat keingkaran dan mencuri, maka berita berkenaan wanita ini telah diangkat kepada nabi untuk diadili. Kemudian,hukuman potong tangan telah diputuskan keatas wanita tersebut. Sehubungan dengan itu, kaum quraisy merasakan sangat berat bagi mereka untuk melaksanakan hukuman tersebut lantaran wanita tadi merupakan wanita dari kabilah yang sangat terkemuka dan dihormati.Mereka bersepakat untuk berbincang dengan nabi bagi meringankan hukuman terhadap wanita tersebut dengan menggantikan hukuman potong tangan dengan hukuman sebat atau denda wang dan sebagainya. Pun begitu, setiap kali mereka ingin berhadapan dengan nabi bagi membincangkan perkara ini maka timbullah perasaan ragu-ragu dalam diri mereka. Lalu mereka mengambil keputusan untuk terus pulang. Lalu mereka berkata: kita tidak berani untuk bersemuka dengan nabi melainkan usamah bin zaid kerana dia mencintai rasul dan merupakan anak kepada kekasihnya. 

Dia serta bapanya telah dididik dirumah nabi dan telahpun baginda anggap sebagai anak sendiri. Lantas, mereka mengkhabarkan berita ini kepada usamah…kemudian, usamah pergi berjumpa dengan baginda..beliau duduk mendekati nabi sambil memberi cadangan supaya hukuman wanita dari bani makhzum tadi diringankan sambil mendakwa bahawa wanita tersebut adalah dari golongan wanita yang sangat mulia. Usamah terus memberikan hujah,dan nabi hanya mendengar. Sesungguhnya Usamah cuba mempengaruhi baginda dengan pandangannya. Nabi hanya melihat usamah yang cuba mempengaruhinya dengan penuh ketenangan…usamah tidak menyedari bahawa dia telah meminta sesuatu perkara yang tidak harus dilakukan!!..kemudian nabi berpaling dari usamah dalam keadaan marah lalu keluarlah perkataan yang menyebabkan usamah sedar akan kesalahannya: adakah kamu meminta keringanan dari hukum hudud yang telah ditetapkan Allah wahai usamah!!?..maka jelaslah bagi usamah sebab nabi marah kepadanya..sesungguhnya hukum yang telah Allah tetapkan kepada hambanya tidak boleh ditawar menawar.Dengan segera usamah berkata:ampunkan saya wahai Rasulullah.

Come back to our's blog!!

بسم الله الرمن الحيم
Assalamualikum sahabat-sahabat, para masyaikh dan follower yang sentiasa mengikuti perkembangan blog deten-generation ini(walaupun kenyataan nie mcm xbetul je)..huhu.. Admin nak minta maaf banyak-banyak kerana dh lama xupdate blog nie..terutamanya kawan-kawan ikhwah n akhowat yang selama nie rajin jgk tegok2 blog nie..klo xsilap admin, dh hampir 2 tahun blog nie x'bernyawa' op..bkn kerana xberminat dh ngan blog nie, tp admin menghadapi masalah sket dlm nk meng'update' blog nie..skrg Alhamdulillah masalah nie dh selesai..berkat doa sahabat-sahabat..

Admin pasti dalam masa 2 tahun nie dh bermacam-macam perkara yg dh berlalu diantara kita sahabat-sahabat, xkira samada perkara tersebut manis, pahit, suka dan duka kita telah melaluinya bersama. Sebelum terlupa, admin nk ucapkan tahniah kepada semua sahabat-sahabat yg telah berjaya menamatkan sesi pengajian peringkat Diploma dan menggemgam segulung sijil Diploma Tahfiz al-Quran & Qiraat. Alhamdulillah, sahabat-sahabat xhanya berhenti menuntut ilmu sekadar nie sahaja, admin mendapat makluman ramai antara kita yang berjaya menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. Ada yg menyambung pengajian ke Ardu Kinanah (Mesir), ad yg ke bumi Jordan, dan ad yg menjejakkan kaki ke bumi Madinah..tidak dilupakan sahabat-sahabat yg menyambung pengajian di universiti-universiti dalam negara..InsyaAllah dalam masa 3 atau 4 tahun lagi kita semua akan menamatkan pengajian masing-masing dan berilah sumbangan serta kemahiran yg kita perolehi dlm bidang yg diceburi nie bg membantu Agama, Bangsa dan Tanah air tercinta..

Sebenarnya, dalam masa 2 tahun nie jgk la ramai diantara kita yg "status" mereka telah bertukar..dari solo ke bertunang, dr bertunang dh pon mendirikan rumah tangga..tp ad jgk berita yg mengejutkan ramai diantara kita, tgk dr perwatakan seorg yg senyap, tup2 dh pon menikah..apa2 pon admin ucapkan Tahniah & semoga pertalian yg terjalin tersebut kekal hingga ke akhir hayat..Hmm..begitu cepat masa berlalu, hah!! bg kawan-kawan yg belum lg 2 bila lg kn?? admin pasti yg masih belum nie sdh ad calon nyer, cuma tunaikan kewajipan yg lebih 'aula iaitu stdy..huhu..InsyaAllah moga Allah permudahkan segala urusan sahabat-sahabat dan klo dh sampai seru 2, jgn lupa la yep nk menghantar kad jemputan..

Admin pon dh xtau nk tulis ap lagi nie, cuma harapan admin supaya sahabat-sahabat dpt hidupkan & ceriakan semula blog kita nie..walaupun skrg org dh jarang maen blog, asyik sibuk dgn facebook, twitter n mcm-mcm lagi la..jgn kita lupa dh akan blog nie ok..klo ad ap2 yg menarik atau cadangan u blog kita nie bleh la bgtau..admin sedia menerima cadangan dan idea yg bernas dari sahabat-sahabat.